Thursday, August 4, 2011

Pencarum KWSP boleh melabur dalam AS1M

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0804&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm&arc=hive

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini berpeluang melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Difahamkan, caruman itu baharu sahaja dibenarkan oleh KWSP selepas mendapat kelulusan daripada pengawal selia kewangan.

Para pencarum boleh membuat pengeluaran daripada akaun simpanan satu untuk tujuan melanggan AS1M berdasarkan kelayakan masing-masing.

Laman web KWSP turut menyenaraikan AS1M dalam senarai dana-dana Skim Pelaburan Ahli KWSP.

AS1M menjadi dana keenam yang dibenarkan untuk pelaburan pencarum KWSP termasuk Amanah Saham Gemilang (pendidikan, persaraan dan kesihatan), Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional 2, ASN 3 Imbang dan Amanah Saham Wawasan 2020.

Utusan Malaysia difahamkan dengan pendekatan langganan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP akan meningkatkan langganan AS1M yang diperuntukan kepada pelabur bumiputera, India dan lain-lain.

AS1M yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu merupakan dana berharga tetap RM1 seunit dengan saiz 10 bilion unit dibuka penyertaannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ia adalah dana terbesar yang pernah ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Sebanyak 50 peratus dana itu diperuntukan untuk bumiputera, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan kaum-kaum lain (lima peratus).

Setakat ini, peruntukan kepada pelabur Cina sudah habis dilanggan.

No comments:

Post a Comment