Thursday, March 31, 2011

Pelaburan Unit Amanah : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Pelaburan unit amanah merupakan salah satu daripada cabang pelaburan yang ada... Terdapat pelbagai pilihan pelaburan... pelaburan unit amanah, pelaburan saham, pelaburan emas, pelaburan hartanah/rumah dll...

Biasanya apabila disebut perkataan pelaburan ..yang tergambar difikiran... keuntungan yang diperolehi selepas pelaburan tersebut di buat...

Apa yang perlu anda tahu..setiap pelaburan ada risiko...keuntungan/kerugian yang bakal diperolehi tidak tentu....sebagai contoh... rumah yang dikatakan harga sentiasa akan naik tidak berkumungkinan di setengah-setengah tempat rumah merugikan...terutamanya ditempat yang sering banjir.... rosak harta benda...orang tak nak beli...tak laku... pembangunan tiada disekeliling..sukar utk perkhidmatan itu ini dll...

Apa yang perlu anda Tahu : Unit amanah bukit SKIM CEPAT KAYA.. Jangan harapkan..hari ini simpan..esok lusa...atau sebulan dua dapat duit berganda... SALAH TU...

So APA SEBENARNYA UNIT AMANAH ? Unit amanah adalah wang yang dikumpulkan (dana) oleh mereka-mereka yang mempunyai tujuan yang sama ...(pelabur-pelabur) yang berhasrat supaya wang yang dikumpulkan tadi dapat memberikan pulangan yang baik (dibiakkan). Unit Amanah dikendalikan oleh Pengurus Yang Profesional(Yang arif)..untuk dilaburkan ke syarikat-syarikat yang mempunyai potensi yang baik untuk memperkembangkan dan/wang tersebut... Unit amanah ini juga di kawal selia oleh SC (Suruhanjaya sekuriti dan Amanah Raya Berhad)

Kalau dari segi BAHASA STANDARD : ISTILAH

Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.


Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau 'harga unit' bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.

Salah satu Syarikat yang saya syorkan untuk anda memulakan pelaburan Unit Amanah ialah Public Mutual. Kenapa Saya mengesyorkan Public Mutual? Berikut adalah sebab-sebabnya

Pemimpin Industri

* Public Mutual merupakan pemimpin dalam industri Unit Amanah Swasta di Malaysia
dan menguasai lebih drp 40% bahagian pasaran. Ini bermakna, setiap 100 orang
pelabur, 40 orang pelabur akan melabur dengan Public Mutual.

* Kekal No. 1 dalam industri unit amanah swatsa dengan menguruskan lebih RM60 dana
dengan aset bersih berjumlah RM23.5 billion daripada 200,000 pemegang akaun.

* Anak syarikat milik penuh Public Bank dengan mempunyai rekod keuntungan yang
tinggi.

Trek Rekod Yang Unggul Dalam Memenangi Anugerah

* Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia,
iaitu sebanyak 134 anugerah industri sejak 1999.

Pengalaman Yang luas

* Mempunyai 28 tahun penagalaman dalam pengurusan dana.

No comments:

Post a Comment