Thursday, March 31, 2011

Pelaburan Unit Amanah : Halal ke?

Ya... sebagai orang Islam...hasil/pendapatan/rezeki yang diperolehi perlu kita selidik dan tanya..sumber dan adakah ianya halal..Tujuannya kita ingin dapatkan keberkatan... Oleh itu saya mengesyorkan dan saya hanya menjual Unit Amanah dalam kategori Patuh Syariah sahaja...

So apa dia Unit Amanah sekuriti Patuh Syariah?

Sekuriti patuh Syariah merupakan sekuriti syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah. Secara amnya, sesebuah syarikat akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah jika aktiviti utamanya TIDAK MELIBATKAN perkara berikut:

• Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah)
• Perjudian dan pertaruhan
• Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan (contoh: daging khinzir, minuman keras, dll)
• Insurans konvensional
• Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah
• Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
• Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah
• Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Selain itu, turut diambil kira adalah tahap sumbangan daripada faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain.

Siapa yang menentukan sama ada sesebuah sekuriti itu patuh Syariah atau tidak?

Sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ahli MPS terdiri daripada golongan pakar Syariah, pakar perundangan dan kewangan dan juga ahli akademik.

Dalam menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat, fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.

Bagaimana sekiranya sesebuah syarikat itu terlibat dengan kedua-dua aktiviti iaitu patuh Syariah dan tidak patuh Syariah?

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti patuh dan tidak patuh Syariah, MPS mempertimbangkan dua ciri tambahan iaitu :
(a) Padangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan
(b) Aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa’ (perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf’ (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Tanda aras yang digunakan bagi syarikat yang mempunyai aktiviti bercampurMPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu untuk menentukan pencampuran sumbangan yang dibolehkan daripada aktiviti yang patuh dan tidak patuh Syariah. Tanda aras tersebut (5%, 10%, 20% dan 25%) akan dibandingkan dengan sumbangan aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat.

(Nota : Ijtihad bermaksud proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulama’ yang layak)

Rujukan: Laman Malaysian Investor seperti yang ditulis dalam laman web pb-mutual.blogspot.com

No comments:

Post a Comment