Thursday, March 31, 2011

Pelaburan Unit Amanah : Kelebihan Melabur Dalam Unit Amanah

"Rakyat Malaysia adalah digalakkan untuk melabur di dalam unit trust bagi mendapat lebih keuntungan di dalam jangka masa panjang"

- Dato' Seri Najib Tun Razak


Kata-kata di atas , kata-kata PM kita ..so apa lagi yang perlu anda tahu? Kenapa Perlu Melabur Unit Amanah?

Pelabur di dalam pelaburan Unit Amanah ini biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah yang sedikit untuk dilaburkan, mereka yan g tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham. Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan. Pelaburan Unit Trust membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburean yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.

Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Amanah menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.

Apa Lagi Kelebihan/Manfaat Melabur Dalam Unit Amanah ?

Pengurusan Dana Yang Profesional
Unit amanah diuruskan oleh pengurus dana profesional yang diluluskan, yang memastikan pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak

Kepelbagaian
Unit amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan.

Pertumbuhan Modal/aliran Pendapatan
Unit amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendaptan sebagai pulangan pelaburan

Pendedahan Pelaburan
Unit amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan menikmati pendedahan kepada kelas-kelas aset dan/atau negara-negara berlainan

Kecairan
Unit amanah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pengeluaran minimum. Para pelabur akan menerima hasil pelaburan mereka dalam tempoh 10 hari. Bagi ahli-ahli prioriti iaitu Mutual Gold & Mutual Elite, hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga.

Kemudahan dan Kemampuan
Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM 1000.00 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM 100

Pengawalan
Unit Amanah adalah dikawalselia oleh Suruhjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur

Manfaat Pulangan Berganda
Unit amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan

No comments:

Post a Comment