Thursday, March 31, 2011

Kisah Benar Tentang Saya...Mengapa Saya Pilih Melabur Dalam Public Mutual

Saya diperkenalkan dengan pelaburan Unit Trust ini melalui perunding unit amanah (PUA/UTC) yang kebetulan datang membuat promosi ditempat saya bekerja kira-kira lebih dari setahun yang lalu( mungkin 2 tahun kot...betul2 tak ingat)... Saya tertarik apabila PUA/UTC tersebut memaklumkan bahawa EPF/KWSP benarkan untuk memperkembangkan kewangan di masa hari tua nanti untuk melalui unit trust....Walaupun pernah 2 kali melabur dengan Public mutual .(Jumlahnya RM 3270) ...saya tetap blurr...masa tuh... tak berapa nampak potensi pelaburan unit amanah ini....entah kat mana saya letak penyata pelaburan pun saya tak ambil peduli masa tuh...dan saya juga tak ingat....pernah/tidak diberitahu tentang dibenarkan buat tambahan pelaburan setiap 3 bulan sekali....

Akhir tahun 2009....sekali lagi PUA/UTC menghubungi saya dan bertanya kalau-kalau saya berminat untuk buat penambahan pelaburan guna EPF... saya menjawab tak pasti. kalau berminat saya akan sms/call dier.......lantas saya membuat sedikit pembacaan diinternet dan hasilnya saya dapati rupa-rupanya saya juga boleh buat penambahan pelaburan di Amanah Saham Wawasan... utk setiap 3 bulan sekali...hasilnya saya telah melabur 2 kali di ASW dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 6099.00 ... Pada 12/10/2010 ..saya saja-saja pergi ke Public Mutual Melaka Raya dan ingin semak pelaburan saya...masa tuh harga seunit dana PIEF yang saya beli berharga RM 0.3315 seunit... Apabila didarabkan dengan unit sedia ada 11849.77 nilai wang saya pada masa itu ialah RM 3928.19 ..pertambahan sebanyak RM 658.19. Wow... saya sedikit teruja apabila mengetahui keuntungan yang saya perolehi tersebut...

Kemudian baru saya teringat ..tentang penyata ASW yang saya terima sebelum itu bertarikh 1/9/2010.. dan saya dapati jumlah pengagihan pendapatan yang saya perolehi adalah sebanyak RM 210.93 . So saya buat perbandingan sendiri..dengan public mutual..invest RM 3270 dapat RM 658.19...dengan ASW invest RM 6099.00 dapat RM 210.93 ... lebih baik invest dalam public mutual....so inilah sebabnya saya pilih melabur dalam unit trust.

No comments:

Post a Comment