Thursday, March 31, 2011

Pilihan Pelaburan - Tunai atau Guna EPF/KWSP

Jika anda rujuk kepada artikel saya kelebihan pelaburan unit amanah..dibawah Perkara Tajuk Kemudahan & Kemampuan di nyatakan minimum pelaburan ialah RM 1000 dan anda boleh menggunakan Wang Tunai/KWSP...

Mesti ada yang tertanya...betul ke KWSP boleh digunakan..Jawapannya YA boleh...KWSP menggunakan Akaun1 (Akaun Persaraan) yang hanya boleh dikeluarkan bila umur anda 55 tahun...

So apa maksudnya guna duit KWSP untuk pelaburan unit Amanah?

Sebelum itu anda jawap soalan saya dulu...setahu anda..senang atau sukar untuk anda saja-saja...tanpa sebab tertentu nak keluarkan duit KWSP?

JAwapannya tentu payah kan... akaun 2 yang biasanya anda dengar boleh keluarkan duit... untuk pendidikan...penyakit...untuk membeli rumah...

Akaun 1...tidak boleh usik...betul??

So sedarkah anda Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).

Jika anda rujuk laman web kwsp jelas dinyatakan

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli

*
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1
untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan
untuk menyara kehidupan semasa persaraan.


* Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang
melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD)
yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

So kawan-kawan jangan jadikan alasan untuk tidak melabur demi masa depan........

Ikhlas ,

Pn Nabila 017-2450939

No comments:

Post a Comment