Thursday, March 31, 2011

Sumber : Utusan Malaysia Online

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0506 pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

Dibawah Tajuk : Reader's Digest: Maybank raih anugerah berganda

KUALA LUMPUR 5 Mei - Malayan Banking Bhd. (Maybank) berjaya meraih dua anugerah untuk sektor kewangan dan pengeluar utama kad kredit di negara ini dalam Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader's Digest 2010.

Anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi berdasarkan kaji selidik majalah antarabangsa itu yang menilai kecenderungan jenama dalam kategori produk dan perkhidmatan. Selain Maybank, Public Bank turut menerima anugerah bank paling dipercayai serta Citibank turut mendapat anugerah pengeluar utama kad kredit.Bank Islam juga memenangi satu-satunya anugerah di dalam kategori perkhidmatan kewangan Islam.

Sementara itu, Public Mutual menjadi pilihan utama pengguna bagi kategori syarikat pelaburan, manakala AIA, Great Eastern dan Prudential pula merupakan pemenang dalam kategori insurans. Maxis memenangi anugerah paling dipercayai untuk penyedia perkhidmatan telefon dan Streamyx dianugerahkan penyedia perkhidmatan internet.Syarikat penerbangan tempatan, Malaysian Airlines pula menjadi pilihan pengguna dan Genting Highlands serta Langkawi menduduki tempat teratas untuk tarikan pelancongan keluarga.Bagi kategori atas jalan pula, Honda, Proton dan Toyota menjadi pilihan pengguna yang mana mereka memilih untuk memasang kereta mereka menggunakan tayar berjenama Dunlop, Goodyear dan Michelin dan pilihan utama petrol ialah Petronas dan Shell.Kategori perkhidmatan kurier pula, jenama DHL, FedEx dan PosLaju masing-masing mendapat tempat di kalangan pengguna tempatan.Sime Darby Property menjadi satu-satunya jenama tunggal untuk pemaju hartanah berkompetitif tinggi.

Reader's Digest juga menganugerahkan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia sebagai pilihan teratas bagi kategori universiti tempatan. Manakala bagi agensi /jabatan kerajaan yang paling dipercayai pula dianugerahkan kepada Jabatan Imigresen dan Hospital Kuala Lumpur dinamakan hospital terbaik.Bagi kategori makanan pula, KFC. McDonald's dan Pizza Hut menjadi pilihan utama di kalangan penggemar makanan.Untuk kategori dekorasi ICI Dulux dan Nippon Paint dipilih sebagai terunggul untuk kategori cat manakala untuk seramik lantai dan dinding diberi kepada jenama White Horse.

Jenama Dreamland dan Dunlopillo dipilih sebagai jenama dipercayai untuk tilam dan Panasonic serta York dipilih untuk kategori pendingin hawa.Reader's Digests turut memilih jenama Canon, Nikon dan Sony untuk kategori kamera dan Panasonic, Samsung serta Sony bagi kategori televisyen skrin rata.Jenama-jenama lain yang turut menjadi pilihan ramai berdasarkan kategori masing-masing ialah Acer, Dell, HP, Senheng, Kilometrico, Parker, Pilot, Kikilala dan Kiko.

Hampir 25 jenama produk buatan Malaysia berjaya memenangi anugerah Jenama Yang Dipercayai berdasarkan kajian yang dibuat oleh Reader's Digest.

No comments:

Post a Comment